Aktiviti Sekolah

Isnin, 8 Disember 2014

Sejarah Sekolah





SMK Tun Syed Zahiruddin merupakan sebuah sekolah menengah baru yang dibuka di Negeri Melaka pada tahun 2011. Ia terletak di Kg Ayer Tawar, Merlimau di dalam Daerah Jasin.

Penubuhan sekolah ini dibuat kerana kepadatan bilangan murid di sekolah-sekolah menengah berhampiran  seperti SMK Datuk Abdul Rahman Yaakubdan  SMK Dang Anum.  Sekolah ini mula di bina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM 28 juta dibawah RMK Ke 10 dan siap sepenuhnya pada 1 November 2010. Ia dibina di kawasan seluas 25 ekar dan luas kawasan untuk bangunan pendidikan dan kemudahan asas yang lain adalah 15 ekar.

Sekolah ini menawarkan pendidikan menengah daripada tingkatan 1 dan 5 dengan 30 buah bilik darjah. Selain itu ia mempunyai sebuah dewan tertutup, dewan terbuka, kemudahan padang permainan, kantin, bengkel kemahiran hidup, makmal sains, surau, pusat sumber, pusat ICT, bilik rawatan dan lain-lain kemudahan yang serba lengkap dan cukup.

SMK Tun Syed Zahiruddin  memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 3 Januari 2011 dengan jumlah murid seramai 330 orang ( 91% Melayu, 8% Cinadan 1% India ) dan guru seramai 25 orang ( 10 guru lelaki dan 15 guru perempuan ) serta 3 staf sokongan. Pengetua yang pertama adalah En Mat Johan bin Jahis.

Kelas yang dibuka adalah sebanyak 11 buah bilik darjah yang terdiri daripada Tingkatan 1 ( 4 buah kelas ), Tingkatan 2 ( 4 buah kelas ) danTingkatan 4 ( 3 buah kelas ). Bagi membezakan kelas, nama permata telah digunakan iaitu Berlian, Delima, Mutiara, Nilam, Permata dan Zamrud. Sekolah ini juga menawarkan kelas Sains Tulin kepada murid tingkatan 4.

Murid tingkatan 2 dan tingkatan 4 berasal dari SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub, SMK Dang Anum dan SMK Sg Rambai yang tinggal berdekatan dengan sekolah ini. Manakala murid tingkatan 1 daripada sekolah-sekolah kebangsaan  ( SK ) dan sekolah jenis kebangsaan Cina  ( SJKC ) yang berhampiran sekolah ini.

Pada asalnya sekolah ini dinamakan sebagai SMK Ayer Tawar sempena dengan kawasan ia didirikan. Nama ini telah ditukar kepada SMK Tun Syed Zahiruddin sebagai mengenang jasa Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ke 4 iaituTun Syed Zahiruddin b Syed Hassan.

Selasa, 16 September 2014

Bendera & Lencana Sekolah

Bendera SMKTSZ



Lencana SMKTSZ



Biru – melambangkan perpaduan murid SMKTSZ yang berbilang bangsa bersatupadu serta berusaha dalam memajukan pembangunan sekolah berasaskan sains dan teknologi.

Kuning – mendokong dan menghormatil unas-lunas perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara

Merah – lambang keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan SMKTSZ sebagai sebuah sekolah yang berilmu, berwawasan dan cemerlang

Hijau – melambangkan kesuburan fizikal, dan mental serta sekolah ini berada dalam Negeri Melaka Berteknologi Hijau

Putih – melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan murid yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Bentuk gear dan geometri – melambangkan kepentingan sains dan teknologi dalam pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju

Gelunganrantai – sukan sebagai aktiviti dalam melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas
Bentuk logo sekolah seperti plak – bermaksud sekolah sentiasa ingin berjaya dan cemerlang dalam apa
jua bidang yang diceburi

Tun Syed Zahiruddin – nama Tuan Yang Terutama Melaka yang keempat dan nama ini telah diambil sebagai nama sekolah bagi mengenang jasa beliau

Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana dan bendera sekolah di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKTSZ untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan Negara.

 * (Kedua-duanya membawa maksud yang sama)


Lagu Sekolah

Bersama  kitaberusha
Membina kecemerlangan
Memantapkan ilmu di dada
Menjadi insan terbilang
SMKTSZ sekolah pilihan
Berusaha tingkatkan pencapaian
Menjana transformasi gemilang
Menuju kejayaan
Pendidikan berkualiti
Berlandaskan satu Malaysia
Bersama cogankata dijulang

BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG
BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG


Isnin, 25 Ogos 2014

Visi, Misi dan Moto Sekolah

VISI

SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
KE ARAH SEKOLAH PILIHAN
KAWASAN MERLIMAU
MENJELANG TAHUN 2012



MISI

  • Memberi pendidikan berkualiti dan bersepadu serta menyeluruh bagi melahirkan insan cemerlang berlandaskan aspirasi 1 Malaysia.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Untuk membina sahsiah pelajar yang terpuji melalui Pengurusan Disiplin yang cekap ke arah kemenjadian murid.
  • Melakar nama sekolah melalui aktiviti kokurikulum bagi mencapai kecemerlangan melalui penyertaan bersungguh setiap orang murid.
  • Penggunaan maksimum prasarana sekolah yang dibekalkan oleh setiap warga SMK Tun Syed Zahiruddin.
  • Pentadbiran dan pengurusan sekolah yang cekap, mapan dan berkesan.
  • Mewujudkan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan yang terdapat di Merlimau dan komuniti sekitarnya.


MOTTO

BERILMU, BERWAWASAN, CEMERLANG






Jumaat, 15 Ogos 2014

Hubungi Kami

Hubungi kami di alamat:
SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
AYER TAWAR,
77300 MERLIMAU,
MELAKA. 


No. Telefon:
06-2633492


No Faks:
06-2633471


E-Mail:
mea1081@ppdjasin.edu.my
mea1081@1bestarinet.yes.my

Kod Sekolah:
MEA1081


-----------------------,,----------------------